Assalamualaikum...
Hari ini merupakan hari terakhir cuti sekolah pertengahan tahun untuk negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Terima kasih saya ucapkan kepada pelanggan yang memilih
Bilik Sewa saya untuk bercuti di Langkawi sepanjang cuti sekolah ini.
Teringat kembali pengalaman manis ketika berurusan dengan pelanggan yang datang. Syukur segalanya berjalan dengan lancar dan moga segalanya diberkati, Amin!.
Ingin saya berkongsi mengenai maklumbalas pelanggan mengenai
Bilik Sewa saya. Bukanlah niat saya untuk menunjuk-nunjuk tetapi inilah salah satu cara untuk saya memberi info untuk pelanggan yang ingin bercuti di Langkawi nanti. Selain itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan penghargaan ikhlas yang diberi oleh pelanggan saya. Demi ALLAH niat baik dibalas baik.
"Kami puas hati, keadaan
bilik puan macam bilik 5 star hotel". Ucapan ikhlas dari Puan Siti dan suami
** semasa saya menghantar beliau balik ke Airport. Terkujat saya mendengar pujian ini, secara spontan saya membalas " Tinggi sangat pujian en tu saya rasa tak sampai nak pegang hehehe".
Secara jujur saya memang terkujat dan terkejut. Dalam hati tertanya-tanya ikhlaskah pujian ini atau disebaliknya. Bayangkan bilik 5 star hotel macam kat bawah ni:
|
5 star Room Hotel |
Hehehe...cantik tu...bilik ni
real punya bilik 5 star kat hotel. Saya google dan nampak cantik, jadi saya paste kat sini. Jangan salah sangka k, ini bukan
bilik sewa saya yang 5 star tu. Nampak cantik dan menarik sangat bilik ni tapi nak sewa duit pun kena cantik dan menarik juga.
Berbalik tentang pujian 5 start tu, saya amat berbesar hati dengan penjelasan dari pujian Puan Siti dan suami
**. Katanya lagi, maksud 5 star tersebut adalah berkadaran dengan harga
bilik dan
pakej yang ditawarkan. Dengan kos yang rendah tetapi keadaan bilik yang cantik, selesa dan bersih. Maklumat lanjut mengenai bilik dan pakej boleh di dapatkan di
www.langkawibiliksewamurah.com
Saya berterima kasih dengan pelanggan yang berpuas hati dengan harga yang saya tawarkan. Mereka mengatakan tidak perlu berbelanja yang besar untuk kos penginapan kerana bilik hanya digunakan untuk rehat,mandi dan tidur sahaja. Kebanyakkan waktu lain dihabiskan untuk menjalankan aktiviti menarik yang pelbagai di Langkawi.
KOS BERCUTI DI LANGKAWI
Saya tertarik dengan figure yang dikeluarkan oleh
sharinginfoz.blogspot.com mengenai kos yang beliau berbelanja semasa bercuti di Langkawi. Hanya 7% sahaja digunakan untuk penginapan. Ini adalah perbelanjaan yang bijak. Jadi pilihlah
bilik 5 star saya..hehehe
|
Figure: Kos Bercuti di Langkawi- sumber
|
PERKARA
|
PERATUSAN KOS
|
Pengangkutan |
54% |
Penginapan |
7% |
Makanan |
14% |
Tempat Menarik |
10% |
Cenderamata |
5% |
Ingin saya kongsikan juga mengenai pelanggan saya yang mengambil pakej yang paling lama iaitu En Malek sekeluarga
**. Beliau sekeluarga mengambil pakej 6H5M. Kami sempat berbual-bual dan bertukar-tukar maklumat mengenai Pulau Langkawi.
Apa yang menariknya, ada pekerja di Pantai Cenang yang menyapa mereka sekeluarga kenapa belum pulang (check out) kerana seringkali melihat mereka di kawasan pantai. Sebut saja kawasan yang menarik di Langkawi, semua tempat mereka telah lawati. Kiranya percutian kali ini amat sempurna. Dah boleh jadi pemandu pelangcung lain kali kata En Malek.
Keadaan bertambah amat selesa dengan kadar sewa yang murah di samping mereka boleh membasuh baju sendiri dan menyidai di ampaian yang saya sediakan.
Terima Kasih saya ucapkan kepada En Malek sekeluarga kerana menyerahkan bilik (check out) dalam keadaan yang amat bersih dan kemas. Tiada sampah yang di tinggalkan di dalam tong sampah dan lantai disapu bersih. Memudahkan kerja saya ;-) hehehe...Terima kasih sekali lagi di atas kerjasama yang diberikan. .
|
En Malek Sekeluarga |
Walaupun hanya 6 hari tapi ukhuwah yang terjalin seperti sudah sekian lama. Semasa check out sempat lagi mereka meminta untuk bergambar bersama saya..hehehe. Dengan izin saya pamerkan inilah gambar keluarga En Malek. Terima Kasih buat En Malek sekelurga!..Moga Berjumpa Lagi!
PERATUSAN PELANCONG YANG MENGINAP MENGIKUT NEGERI
Di sini juga saya ingin berkongsi info mengenai kedatangan pelancong yang menginap di bilik sewa saya mengikut negeri.
|
Peratusan Pelangcong Langkawi Bilik Sewa Murah |
Berikut adalah bilangan peratusan di dalam bentuk jadual untuk tatapan search engine..hehehe
NAMA NEGERI
|
PERATUSAN KEDATANGAN
|
SELANGOR |
22% |
JOHOR |
4% |
SABAH |
1% |
PERAK |
9% |
SARAWAK |
1% |
KEDAH |
24% |
KUALA LUMPUR |
8% |
PULAU PINANG |
7% |
KELANTAN |
4% |
PAHANG |
6% |
TERENGGANU |
4% |
NEGERI SEMBILAN |
4% |
MELAKA |
5% |
PERLIS |
1% |
Akhir kata, Mai la ke Bilik Sewa saya..InsyaALLAH jimat belanja!!
-----------------------------------------------------------------------------
** Puan Siti Norlailasari dan Suami (nama x sempat nak tanya-saya panggil en jer..hehe) kedua-duanya merupakan guru sekolah yang bertugas di Daerah Rembau, Negeri Sembilan. Mengambil
Pakej Standard 4h3m
** En Malek sekeluarga mengambil
Pakej Family untuk 6H5M.Berasal dari Kajang Selanggor.