Sumaiyah

SIAPAKAH SUMAIYAH?

Sumaiyah iaitu ibu Ammar b.Yassir,merupakan wanita cemerlany yg pertama
mati syahid dlm Islam..Sumaiyah ialah isteri Yasir.Dgn keimanan yg kuat
dan keberanian yg tersimpan di relung hatinya yg dalam,beliau sanggup
menentang Abu Jahal yg terkenal dgn kebengisan dan kejam itu..

Sumaiyah bersama suami dan anaknya dijemur di tgh padan pasir yg sgt
panas.kaki dan tangan mereka diikat shg tidak bergerak dan
melawan.Mereka diseksa dgn kejam,agar mengikuti keinginan abu
Jahal.namun tidak terdengar sepatah katapun dari mulut Yasir dn
puteranya Ammar,selain rintihan yg penuh kesakitan.Justeru itu mereka
meneruskan penyeksaan thdp keluarga yg beriman ini agr menyatakan murtad
dari agama Islam.

Sumaiyah tidak hanya merintih kesakitan tetapi ia menentang dgn terus
terang serta menyatakan ia tetap terus berpegang pd keimannya,walaupun
harus ditebus dgn harga yg mahal.Kerana mereka tlh mendengar
sabdaRasulullah SAW ketika baginda melawati tempat mereka diseksa yg
bermaksud:"bERSABARLAH KELUARGA YASIR,KERANA TEMPAT YG DIJANJIKAN UNTUK
KAMU ADLH SYURGA."

Segala seksaan terasa ringan kerana semuanya akan berakhir dgn
syurga.Biarapapun seksaan yg menimpa Sumaiyah namun ia tetap dgn
pendirian dan keimanan yg kukuh dalam jiwanya.
Abu jahal yg sombong dan bengisitu merasa terhina krn dicabar oleh seorg
wanita yg lemahpenyeksaan yg dilakukan hanya menambahkan
ketakwaanSumaiyah dan bertambah berani menentangnya.Akhirnya Sumaiyah
dibunuh dgn penyeksaan yg menyedihkan.

Riwayat Sumaiyah dicatat dlm lembaran sejarah dgn tinta emas.Kerana
wanita yg pertama mati syahid dlm Islam ini sebagai motivasi jihad thdp
generasi yg berikutnya.Namanya abadi sampai sekarang utk dikenang sbg
pejuang yg sanggup mati dan berani melawan kekejaman dan kekerasan.
Ibnu hajar berkata dlm kitabnya Al-Ishabah:"Sumaiyah bt Hubbath bekas
hamba sahaya Huzaifah b Al-Mughirah b.Makhzum.Ia adlh ibu Ammar b Yasir
org yg masuk islam pd kurun ketujuh.Sumaiyah diseksa Abu Jahal dan
disusuk tombak pd kemaluannya shg meninggal dunia.Ia dalah wanita
pertama yg mati syahid dlm Islam.

Sumaiyah menjadi lambang pengorbanan dlm menegakkan aagama Allah.Dia
termasuk dlm tujuh org yg pertama sekali menunjukkan keislamannya di
mekah.Mereka adlh Rasulullah SAW,Abu Bakar,Bilal,Khabbah,Shuaib,Ammar
sdan Sumaiyah.

Ammar b Yassir hidup hingga dpt menyaksikan terbunuhnya org yg membunuh
ibunya.Ibnu Saad meriwayatkan dlm sanadnya yh sahih dari Mujahid ia
berkata:"wanita yg pertama sekali mati syahid dlm Islam ialah Sumaiyah
ibu Amar b Yasir seorang wanita yg tua dan lemah.Ketika itu Abu Jahal
terbunuh dlm perang badar,Rasulullah SAW bersabda,"Allah membunuh org yg
membunuh ibumu.

Begitulah agungnya nilai pengorbanan serta perjuangan seorg wanita.Bila
kita renungkan tenyata org yg pertama sekali memeluk Islam dan
menyatakan kebenaran yg dibawa Rasulullah adlh seorg wanita iaitu Siti
Khadijah.dan org yg pertama sekali mati syahid dlm Islam juga seorang
wanita,iatu Sumaiyah.Semoga kaum wanita mampu meninggikan darjat
kewanitaannya shg ke akhir hayat

(Diambil dlm HIMPUNAN KISAH WANITA SYURGA)

KAULAH WANITA SYURGA

:: Dalam diri selembut sutera ::
:: Kau memiliki iman yang teguh ::
:: Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera ::
:: dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani ::
:: Walau pun jasadmu milik tuan ::
:: Tetapi hatimu milik Tuhan ::

:: Padang pasir menjadi saksi ::
:: ketabahan keluarga itu ::
:: Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari ::
:: Disuruh memilih iman atau kekufuran ::
:: Samar jahiliah atau sinaran akidah ::

:: Sabarlah keluarga Yasir ::
:: Bagimu syurga disana ::
:: Dan kau pun tega memilih syurga ::
:: Walau terpaksa mengorban nyawa ::
:: Lalu tombak yang tajam menikam ::
:: jasadmu yang tiada bermaya ::
:: Namun iman didadamu sedikit tidak berubah ::

:: Darahmu menjadi sumbu pelita iman ::
:: Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah ::
:: Tangan yang disangka lembut ::
:: menghayun buaian ::
:: Mengoncang dunia mencipta sejarah ::

:: Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara ::
:: Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya ::
:: Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia ::
:: Namamu tetap menjadi sejarah ::

Lirik Lagu Sumaiyah..Hijaz

0 comments: