Wasiat Untuk Wanita

10 WASIAT UNTUK WANITA
Umar Bin Hajar pernah mengahwini Ummu Iyas Binti ‘Auf Bin Muhallah As Syaiban.Pada malam pertama,ibu Ummu Iyas yang bernama Umamah Binti Hafith menasihati anaknya : “Wahai anakku,wasiat yang baik itu sangat berguna bagi orang yang menyedarinya.Ia adalah peringatan bagi orang yang berakal,mengingatkan bagi orang yang lupa.Anakku!! sekiranya seorang wanita tidak mahu berkahwin disebabkan kedua orang tuanya,maka akulah wanita yang pertama tidak mahu berkahwin.Tetapi kita diciptakan untuk kaum lelaki demikian pula kaum lelaki diciptakan untuk kaum wanita yang merupakan pasangan masing-masing.Wahai anakku, kini engkau tinggalkanlah rumah tempat lahirmu,tempat engkau dibesarkan menuju sebuah rumah asing dan baru bagimu,menemui orang yang sebelumnya engkau tidak bersamanya.Jadikanlah dirimu hamba sahayanya sehingga dia pun menjadi pencintaMu.Peganglah 10 perkara ini baik2 :

1. Taatilah dia dengan Ikhlas

2. Terimalah dia dengan penuh kesenangan.

3. Jagalah matanya dari melihat perkara yang tidak menyenangkannya pada dirimu.

4. Jagalah hidungnya daripada tercium bau yang tidak disukainya dari dirimu.

5. Jagalah selalu makan minumnya.

6. Jagalah suasana tidurnya kerana perut yang lapar itu boleh membuat orang meradang,sedangkan tidur yang tidak lena boleh membuat orang marah.

7. Jagalah harta miliknya.

8. Tunjukkan kebaikan kepada keluarga dan kerabatnya.

9. Janganlah sesekali kau derhaka padanya.

10. Janganlah engkau sebarkan rahsia2nya kerana sekiranya engkau tidak mentaatinya atau kau sakiti hatinya atau kau sebarkan rahsianya,maka engkau tidakakan aman dengan balasan yang dilakukannya. Kalau engkau mentaatinya engkau akan berbahagia tetapi jika tidak ,engkau akan sengsara.

Janganlah engkau bersenang2 sewaktu dia di dalam kedukaan,sebaliknya janganlah engkau menampakkan duka sewaktu dia sedang bergembira.Ketahuilah,sesungguhnya engkau tidak akan mendapat keredhaanya sehingga engkau sanggup mengalahkan kehendakmu demi mendahulukan kehendaknya.” wallahu a’alam

0 comments: