Bahagian 1: Membina Email

Assalamualaikum semua...
Seperti yang saya telah janjikan diruangan ini saya sertakan langkah demi langkah bagaimana untuk membina email..Bahagian 2 iaitu Bagaimana unutk menggunakan e-mail akan diterangkan pada bahagian yang lain.

Sebelum saya menerangkan tentang bagaimana untuk membina akaun email..
rasanya lebih ok saya terangkan secara ringkas apa itu e-mail?

Apa itu e-mail?
E-mail adalah singkatan untuk (Electronic Message) yang dihantar menggunakan komputer kepada pengguna.Pengguna boleh menerima mesej samaada melalui komputer,
handphone, PDA (Personal Digital Assistant)dan alatan lain.Dengan menggunakan email kita boleh menghantar dan menerima mesej secara bergambar,video ,dokumen serta perisian dengan menggunakan attachment.



OK..untuk lebih mudah..saya akan terangkan bagaimana untuk mendaftar akaun email dengan menggunakan salah satu email provider yang popular iaitu Yahoo.com.




Pertama sekali apa yang perlu kita sediakan adalah:

1)Komputer

2)Talian Internet
Perlu mendaftar di Telekom Malaysia (TM)dan anda akan mendapat akaun streamyx dengan yuran bulanan serendah RM70 sebulan...guna atau tidak memang itu bayarannya...

3)Web Browser
Selalunya web browser akan dibekalkan setelah anda membeli komputer ataupun ianya boleh didapati secara percuma di dalam internet, cthnya Mozilla Firefox adalah browser percuma


CARA-CARA MEMBINA AKAUN EMAIL

Ok..sekarang saya andaikan bahawa komputer anda telah tersedia talian internet dan mempunyai web browser seperti Internet Explorer.

Langkah 1
Klik pada web browser seperti Internet Explorer




Langkah 2
Paparan seperti dibawah akan dikeluarkan..kemudian taipkan..http://mail.yahoo.com dalam bahagian address bar



Langkah 3
Bahagian [sign in to Yahoo!]akan dipaparkan iaitu
(seperti rajah dibawah)..




Terdapat 2 pintu masuk iaitu:

(A)[sign in] untuk pengguna yang telah mempunyai akaun email

(B)[sign up] untuk pengguna baru mendaftar akaun..

..Jadi Klik pada bahagian (B)keranakita belum ada akaun e-mail lagi...


Langkah 4
Apabila kelihatan tulisan Hi There!..maknanya borang pendaftaran telah dibuka..



Kalu anda kurang selesa dengan bahasa ingeris anda boleh menukar paparan ini kepada bahasa melayu iaitu dengan memilih [Yahoo!Malaysia]pada bahagian [klik disini]





..lebih kurang beberapa saat..paparan diatas akan berubah kepada bahasa melayu..lihat rajah di bawah




Apabila paparan tersebut bertukar..maknanya seluruh borang pendaftaran telah ditukarkan kepada bahasa melayu...

Didalam borang pendaftaran tersebut mempunyai 5 bahagian utama yang perlu anda isi:-

1.Beritahu kami tentang diri anda
2.Pilih ID dan kata laluan
3.Jika anda terlupa kata laluan atau ID anda..
4.Maklumat Kod keselamatan
5.Pengesahan dan Butang hantar

ok..sekarang saya terangkan bahagian diatas satu per satu..



untuk gambar yang lebih jelas..sila klik pada gambar tersebut

1) Beritahu kami tentang diri anda
Bahagian ini memerlukan anda memasukkan maklumat peribadi.Haruslah diingat bahawa anda digalakkan memasukan maklumat yang betul supaya tidak akan menimbulkan masalah di kemudian hari, terutamanya tentang tarikh lahir. Jikalau anda memasukkan tarikh lahir yang bukan tarikh lahir anda, berkemungkinan besar akan akan terlupa tarikh lahir tersebut bila diminta untuk membuat pengesahan kelak.


2.Pilih ID dan kata laluan
Bahagian adalah bahagian yang paling penting..kerena ia akan membina kata laluan di dalam akaun email anda,ianya akan digunakan semasa hendak membuka e-mail pada masa akan datang.Sebagai contoh, saya memasukkan perkataan "maslinataib" pada bahagian [ID dan E-mel Yahoo1], so akaun email saya akan menjadi "maslinataib@yahoo.com".Terdapat pilihan samaada anda ingin menggunakan akhiran akaun email anda sebagai contoh:-

maslinataib@yahoo.com

atau

maslinataib@ymail.com

atau

maslinataib@rocketmail.com

mana-mana pilihan pun ok jer..cuma kalau akhiran yahoo.com lebih disukai ramai



Disamping itu juga anda perlu memasukkan kata laluan sebagai tujuan keselamatan. harus diingat bahawa, kata laluan ini perlulah dihafal dan jangan dedahkan kepada sesiapa..Ia berfungsi sebagai kunci kepada email anda.

Jadi sekarang anda mempunyai akaun email bersama dengan kata laluan.Contohnya:

Kata Nama : maslinataib@yahoo.com
KataLaluan :*********
(Ia tidak dipaparkan untuk tujuan keselamatan ttp anda perlu
mengingatnya)

Nota:
Perlu dingat bahawa Kata Nama dan katalaluan yang anda masukkan adakalanya tidak boleh diterima oleh sistem e-mail, oleh itu anda perlu memasukkan semula yang baru sehingga ianya diterima sistem. Catat kata nama dan kata laluan pada buku supaya anda boleh rujuk di kemudian hari.Jika anda terlupa kedua-duanya atau salah satu daripadanya..anda akan mempunyai masalah untuk membuka pintu email anda kerana kunci sudah hilang..

3.Jika anda terlupa kata laluan atau ID anda..


Seterusnya..bahagian ini adalah bahagian altenatif dimana andaikata anda terlupa kata laluan anda, anda perlulah memberi jawapan kepada soalan yang ada di dalam ruangan ini..kelak..jika anda terlupa kata laluan..anda akan ditanya tentang soalan yang anda telah jawab semasa pendaftaran..jika jawapan yang diberikan sama dengan semasa anda buat pendaftaran..sistem akan sahkan bahawa anda adalah pengguna yang betul dan sistem akan mengeluarkan kata laluan kepada anda. perlu diingat bahawa pastikan jawapan yang anda berikan semasa pendaftaran adalah senang diingat dan susah diteka oleh orang lain.


4.Maklumat Kod keselamatan


Bahagian ini adalah yang paling mudah..anda hanya perlu taip kembali apa yang tertera di dalam kotak yang diberikan

5.Pengesahan dan hantar



Anda digalakkan membaca dahulu syarat-syarat perkhidmatan yang telah disediakan..dan jika setuju klik pada kotak yang telah disediakan...dan akhir sekali klik pada butang "Buat Akaun Saya" untuk tindakan seterusnya.....



...Tahniah! anda telahpun berjaya membina akaun e-mail yang baru jika paparan seperti diatas dikeluarkan...
SELAMAT MENCUBA!!



Sebarang pertanyaan e-mailkan kepada : maslina.taib@yahoo.com
atau
sms ke 012-4252249

Bahagian2: Bagaimana Untuk Menggunakan E-mail

0 comments: