Ziarah Dan Hamper Ramadhan



Hari ini merupakan hari ke-14 Ramadhan..Syukur alhamdulilah dengan izin ALLAH, aku dapat bersama-sama dengan rakan muslimat menziarahi ibu kepada AJK muslimat iaitu Makcik Gayah Saad di Kampung Padang Kandang, Langkawi.

Bergenang air mata makcik bila kami datang menziarahi dan mengadakan majlis bacaan yasin untuk beliau. Walaupun sakit yang dideritai sudah lama, iaitu kira-kira 10 tahun yang lalu tetapi beliau tetap berserah dan menunaikan tanggungjawab seperti insan yang lain.

Kami diberitahu bahawa, makcik ingin meneruskan puasa walaupun keadaan beliau begitu uzur..sejak 10 tahun beliau hanya terlantar di dalam rumah kerana mengalami kekejangan otot. Tersentuh hati aku bila melihat keadaan makcik..


Bacaan Yasin Untuk Makcik Gayah

Ramadhan memberi kelapangan masa yang melimpah ruah..mana tidaknya masa untuk makan tengah hari boleh digantikan dengan aktiviti yang berfaedah...Apa lagi memandangkan kami dapat berkumpul, selepas jer menziarahi makcik Gayah, kami pun bergotong royong untuk membalut hamper untuk diberi sumbangan kepapa fakir miskin pada 11hb September nanti iaitu bersamaan dengan 21 Ramadhan nanti, InsyaALLAH sumbangan tersebut akan disampaikan sendiri oleh YB Aisyah Exco Kebajikan Negeri Kedah.


Cukup ke Milo besar tu UMMI.....eh! Susu pun ada Kak Nurul..


Puasa-puasa ni sedapnya tengok buah kurma tu...



Sempat ker nak siap on-time..macam banyak jer barang lagi nak packing...


Tolong ambik gunting jap Maksu Munah..


Sapa ni..sempat posing lagi..tgk org belakang bz jer...Kak Dah rajinnya..


Nak masak aper untuk berbuka ptg ni....He..he ustazah senyum jer maklumla bulan dah nampak

0 comments: