UK Oh UK -Part 1

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya saya tidak update blog saya ni..yang terakhir adalah pada 28 November 2010.

Panjang saya bercuti ye..he.he..sebenarnya saya bercuti bukanla lama sangat cuma saya bermalas diri untuk menulis..

Teringat sal bercuti ni, ada serba sikit pengalaman yang saya ingin berkongsi dengan kalian semua. Saya pergi bercuti sambil bekerja pada penghujung mei sehingga ogos tahun lepas.Di mana lokasi saya bercuti?..Kejap yer anda perlu baca dulu apa yang berlaku.....

Saya bersama rakan bertolak dari KLIA untuk ke Humberside, United Kindom. Perjalanan mengambil masa kira-kira 13 jam perjalanan. Pertama kali saya melalui perjalanan udara yang panjang, boleh tahan juga kecut perutnya. Dulu masa ke Mekah cuma 8 Jam perjalanan, itu pun saya mabuk udara juga.

Untuk 5 jam pertama dalam flight saya agak gelisah, macam-macam terlintas dalam fikiran, semua doa sudah saya baca, alhamdulilah, selepas itu saya kembali tenang dan waras...saya serahkan 100% pada ALLAH. Dalam masa antara gelisah dan tidak saya terlelap juga akhirnya,tapi apabila terjaga masih lagi ada baki perjalanan yang panjang..mata saya tertumpu pada skrin (TV) depan tempat duduk saya..kelihatan fligh baru berada pada pertengahan jalan..masih berpuluh ribu km perjalanan kena tempuh..huuuuuuu

Akhirnya kami mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Humberside pada waktu jam 12 tengahhari.Walau tengahhari tapi cuaca bawah 12 darjah celcius...alamak sejukla pulak!!.Ada perkara yang menarik berlaku disini..he..he

Sebelum itu, semasa di dalam perjalanan, rakan saya ada memberitahu bahawa jangan membuat sesuatu yang boleh menarik perhatian polis mat saleh apabila mendarat nanti.Saya cuma mendengar je bagai angin yang lalu kerana saya berfikir apa sangat yang mampu saya buat tambahan pula di tempat asing ni, mana saya berani..

Tapi Tuhan maha adil, oleh kerana sikap acuh tak acuh saya, saya kena tahan dan diperiksa hampir 2 jam di Humberside Airport seolah-olah saya ni seorang penganas....padan muka saya .......

Bersambung kemudian.....

0 comments: