My Roro & Langkawi Roro Beroperasi esok 3Hb September 2013

Assalamualaikum..

Petang tadi saya ada menerima tetamu untuk penginapan saya (www.langkawibiliksewamurah.com).

Mereka sekeluarga check in pada pukul 5.30 petang. Semasa sesi berkenalan Puan Siti Fairus memberitahu saya bahawa mereka merupakan pelanggan yang pertama akan menaiki feri Langkawi Roro ke Kuala Perlis.



Saya terkedu juga kerana memandangkan saya orang tempatan tetapi zero info berkenaan hal berikut. Di dalam hati terdetik juga rasa hepi..dah sampai masanya ada altenatif baru untuk orang langkawi untuk keluar/masuk ke daratan menaiki feri bersama kereta seperti perkhidmatan feri di Pulau Pinang. Terdetik juga apa perasaan pengusaha kereta sewa dan teksi di Langkawi..


Puan Siti memberitahu lagi bahawa harga tambang adalah RM320 pegi/balik. RM320 itu adalah harga untuk kereta dan pemandu sahaja. Jika ada lebihan penumpang akan di kenakan caj tampahan.

Perkhidmatan Feri Langkawi Roro boleh di dapati di Lembaga Tanjung Lembong iaitu berhampiran dengan penginapan saya (www.langkawibiliksewamurah.com). Orang kata naik basikal pun leh sampai..hehehe.

Maklumat Lanjut Langkawi Roro Services

MAIN OFFICE
Langkawi Roro Services

No.1 Block B,
Komplek Dermaga Tanjung Lembung,
Mukim Ulu Melaka,
07000 Langkawi,
Kedah Darulaman
Tel: 04-966 9881
Fax: 04-9669882

JADUAL PERJALANAN

Dari Kuala Perlis
Perjalanan 1 : 8.00 AM Tiba di Langkawi 9.15 AM*
Perjalanan 2 : 2.00PM  Tiba di Langkawi 3.15 PM*

Dari Langkawi
Perjalanan 1 : 11.00AM  Tiba di Kuala Perlis 11:15PM*
Perjalanan 2 :  5.00 PM  Tiba di Kuala Perlis  6.15 PM*

Note:
*Jadual Perjalanan adalah sekali dalam sehari dan waktu perjalanan bergantung kepada paras air di Muara Sungai Kuala Perlis. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pihak Langkawi Roro.

0 comments: