Terima Kasihi Pn Siti

Assalamualaikum semua...

Saya sedang mengemaskini inbox mesej yang penuh sesak..maklumlah hset murah jadi memori sgt ciput..so selagi x delete maknanya mesej baru tidak akan dapat masuk...saya meneliti mesej untuk dipadam..

Macam2 mesej ada...dengan lekanya saya memadam satu persatu mesej tersebut..terasa seperti Nokia comel saya sedang tersenyum kerana telah meringankan bebanan yang di tanggungnya selama ni..

Sedang asyik men"delete"..tiba-tiba terpandang satu mesej yang menarik perhatian saya. Mesej yang dihantar oleh salah seorang pelanggan yang menginap di Penginapan saya semasa cuti sekolah tempoh hari.

Mesej dari Puan Siti ni membuatkan saya tersenyum apabila mengenang kembali peristiwa yang berlaku. Puan Siti adalah salah seorang Jururawat dari Kajang yang bercuti bersama suami. Beliau mengambil Pakej Bilik Standard 3H2M beserta dengan kereta.

Kalu Pn Siti membaca post ni mesti beliau juga tersenyum..Semoga Pn dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Saya senantiasa menantikan kedatangan puan sekeluarga ke Langkawi. Terima kasih diatas pujian dan sokongan yang diberi..Jika atas sebarang kekurangan mohon maaf dari saya..Saya gembira dapat berurusan dengan Puan. Moga ada kesempatan untuk kita berjumpa lagi. Terima Kasih Puan Siti.


 



0 comments: