Banjir Kilat di Langkawi



Kira-kira pukul 12.00 pagi kemarin,aku mendapat panggilan tel daripada Setiausaha Muslimat Pas Langkawi (Ummi Zailah Zakaria), menyatakan YB Ustazah Aisyah Binti Ghazali akan turun ke Langkawi untuk melawat dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir...apalagi..kelam kabut la..katanya YB akan sampai ke Langkawi melalui jeti Kuala Kedah.

Tepat jam 3.15 minit..kelihatan YB Aisyah keluar daripada Feri..Berbaju merah hati, YB melemparkan senyuman kepada kami..YB menyapa semua..jelas kelihatan penat di wajah beliau dengan tugasan yang dipikul, tetapi beliau tetap ceria dan cergas..itulah pemimpin berhati rakyat..

Kami bergegas terus ke tempat penempatan mangsa banjir..ada 3 tempat semuanya..
>>Dewan Sekolah Menengah Kedawang
>>Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat
>>Sekolah Menengah Maktab Mahmud


Ahli Bomba Turut Sama Membantu Mangsa Banjir

Seperti yang diberitahu kira-kira seribu lebih mangsa banjir yang diarahkan untuk meninggalkan rumah masing-masing kerana air hujan semakin naik..masing-masing ditempat di kawasan penempatan banjir yang terdekat


Kaunter penempatan mangsa banjir dibuka untuk pendaftran

Saat insan lain menyambut ramadhan dalam keadaan yang selesa, mangsa banjir kelihatan sayu dan keletihan dengan apa yang menimpa mereka.Syukurla dengan kehadiran YB Aisyah merangkap Exco Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri memberi semangat dan kata peransang bahawa ujian ini ada hikmahnya terutama sekali ianya berlaku dalam bulan yang mulia.



YB Bertanya Khabar Mangsa Banjir

YB Aisyah mengharapkan mangsa yang berada di penempatan banjir supaya mengisi masa yang terluang dengan banyak bertadarus dan membaca Al-Quran kerana dibulan yang mulia ini 1 huruf akan digandakan dengan 10 pahala manakala 1 amalan akan digandakan dengan 70 x ganda pahala...Wah! banyak tu....Alhamdulilah


YB memberi Ucapan

0 comments: