Membina Blog

Isi Kandungan
1) Membina Blog
2) Menulis post
3) Menambah Gambar
4) Menambah Video
5) Privacy dan Permission
6) Mengedit Layout
7) Mengikut Blog yang lain

--------------------------------------------------------------------------------

MEMBINA BLOG
Untuk membina blog yang baru, klik pada Blogger homepage, seterusnya masukkan
>>username dan password
>>klik pada bahagian "Sign In"
>>masukkan nama untuk dipamerkan pada blog
>>pilih "accept" pada bahagian Blogger's Term of Service
>>klik pada butang Create Blog untuk membina blog

Seterusnya
>>Masukkan nama dan alamat untuk mewakili blog anda
>>Pilih Template yang disediakan(Template adalah latarbelakang blog)
>>Masukkan maklumat tentang diri anda dalam personal profile
>>dan seterusnya ubahsuailah blog mengikut citarasa anda
>>Selamat Mencuba!!!

--------------------------------------------------------------------------------

MENULIS POST

Apabila anda sedia mendaftar dalam blogger,anda akan kelihatan dashboard iaitu tempat anda menyusun apa yang perlu untuk blog anda. Ok, apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah:

1) Klik pada butang NEW POST dan masukkanlah cerita, gambar, video atau apa sahaja yang anda ingini
2) Akan tertera bahagian New Post
3) Masukkan Tajuk untuk Post anda dan juga apa yang ingin anda tulis



4) Selesai saja anda menulis, klik pada bahagian Preview



5) Jika anda berpuas hati dengan kerja anda, sila klik pada butang Publish Post yang terletak pada bahagian bawah sebelah kiri.Blog anda akan dilancarkan selepas itu.

--------------------------------------------------------------------------------

MENAMBAH GAMBAR

Anda boleh menambah gambar daripda komputer anda ke dalam blog yang anda bina. Caranya begini:

1) Klik pada butang add image seperti dibawah:



Satu paparan akan tertera..anda dikehandaki cari atau Browse tempat gambar anda di simpan.

2) Pilih dimana kedudukan gambar anda, dan juga pilih jenis paparan yang anda kehendaki samaada ingin meletak gambar tersebut disebelah kiri,kanan atau tengah.Anda juga boleh memilih saiz gambar anda samaasa kecil



Kemudian klik pada bahagian UPLOAD IMAGES untuk memasukkan gambar ke dalam blog..seterusnya klik pada DONE bila diberitahu bahawa gambar anda telah pun dimasukkan.Sistem Blogger akan kembali kepada post editor anda, dimana gambar yang anda masukkan tadi telah pun diletakkan dalam blog anda..mudah bukan!!!

0 comments: