Pengalaman Pilihanraya KeCil Permatang Pasir

20 dan 21hb Ogos adalah tarikh yang ditentukan untuk muslimat Langkawi untuk membantu dalam pilihanraya Permatang Pasir..Ia juga merupakan pengalaman yang pertama kali bagi aku untuk turun ke padang melihat sendiri suasana pilihan raya..Aku dan Ummi Zai terpilih Oleh ALLAH untuk mewakili Langkawi bertugas di sana..



Kami ditempatkan di Rumah Kedah bersama dengan pelbagai daerah lain..Petugas-petugas dari daerah lain sangat peramah dan baik hati..rata2 nya mempunyai pengalaman luas dalam banyak pilihanraya yang terdahulu...apa yang membuat hati aku tersentuh..mereka datang dari pelbagai latarbelakang..Dr,Guru,Pegawai Kerajaaan(yg berani minta cuti),usahawan dan anak muda..semua bergaul tanpa mengira pangkat..bagi aku ikatan yang wujud dalam ahli PAS adalah ikatan hati..kami mampu menyerap apa saja kesusahan dan kepayahan bersama..

Apa yang membuatkan aku tersentuh hati..seorang Dr perubatan dan juga bekas calon dalam pilihanraya ke-12,tidur diatas lantai padahal telah disediakan tilam ampuk untuknya...diberikan tilam ampuk tersebut kepada petugas yang lebih berusia..itulah hati seorang pemimpin yang berjiwa rakyat..dia bangun seawal pagi untuk mengerjakan solat tahajud, solat hajat dan solat sunat yang lain serta membaca Al-Quran...itulah Dr Rohani Abdul Mutalib..Ketua Dewan Muslimat Pas Kubang Pasu(berkempen ni).

Petugas utk Setiap daerah diberi masa 2 hari kemudian akan digantikan dengan petugas daerah yang lain..Paling aku kagumi..maksu sedim (petugas dr kulim) sanggup bertugas dari awal tarikh percalonan sehingglah kesaat terakhir mengundi..seminggu dia bertugas disana..katanya dia sudah biasa bertugas lama utk setiap kali pilihanraya.. kecik orangnya tapi berjiwa besar..






**Bersama-sama YB Ustazah Hajjah Siti Aishah Ghazali berbincang dan mengatur stategi**


22hd adalah bersaman dengan 1 Ramadhan..walaupun dalam keadaan puasa tapi ia tidak melemahkan semangat kami untuk terus berjuang..seluruh pelusuk kg kami terjah untuk menyalurkan maklumat yang sepatutnya kepada rakyat..aku tersenyum sendiri..jika ada masa terluang bila masing2 asyik menelefon keluarga menanyakan bagaimana keadaan semasa berbuka dan bersahur..maklumla semua tukang masak keluar berjuang..he.he..

Namun begitu, ada diantaranya suami isteri kedua-duanya diminta bertugas dan terpaksa meninggalkan anak-anak yang masih kecil di rumah..besarnya pengorbanan mereka..besarnya juga pahala yang mereka raih.


Setiap pagi sebelum pergi meraih undi..kami panjatkan hajat kepada ALLAH..sembahyang sunat hajat, sunat dhuha berjemaah tidak pernah kami tinggalkan..bacaan yasin acapkali berkumandang..Tazkirah menjadi pedoman kepada kami, saling ingat mengingati bahawa setiap perbuatan yang kami lakukan dan setiap langkah yang kami atur adalah kerana ALLAH..kami senantiasa di tarbiah agar tidak lupa kepada asas perjuangan..supaya dapat menangkis segala dugaan yang akan kami hadapi apabila meraih undi nanti..

Esok adalah hari penentuannya-25hb Ogos 2009..
Keputusan 8 Mac 2008 bagi Daerah Mengundi Permatang Ara ialah:
Barisan Nasional : 1,067
PAS : 1,533
Majoriti : 466

Untuk menidakkan kemenangan 'MORAL' BN marilah kita semua berusaha dan berdoa untuk mendapat majoriti sekurang-kurangnya 700 undi di Permatang Ara.

kita sama-sama berdoa agar keputusan berpihak kepada kita..saat calon kita Ustaz Hj Salleh Man ditabalkan menang adalah saat yang akan membawa kemanisan dalam seribu erti..
insyaALLAH-Amin Ya Rabbalalamin
"YA ALLAH MENANGKANLAH AGAMAMU UNTUK PILIHANRAYA KALI INI-PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PASIR--TAKBIR!!!!"..

0 comments: