LIMA LANGKAWI 2009





InsyaALLAH lagi seminggu Pulau Langkawi akan diserikan dengan LIMA 2009..Tak sabar juga rasanya ingin melihat jet-jet pejuang berlegar di udara..bunyi dentuman enjin boleh mengegarkan jantung...terutama Red Arrow dan Sukhoi..

Teringat lagi masa LIMA kali pertama dulu..20 thn lepas..banyak ayam kampung jadi terkorban sal kena serangan jantung...mana tidaknya bunyi enjin jet-jet pejunag rasa seperti berada di tepi telinga..tingkap rumah boleh gegar juga la dibuatnya..masa tu aku masih kecil lagi..rumah di tepi pagar airport...memang bising sehingga memecah bunyi...teringat juga dihati agaknya begini la keadaan jika kiamat berlaku..

Tapi bila sering tgk (2 tahun sekali) jadi rasa dah biasa..ayam pun dah x terkejut ladi..rasa serononk bila pertunjukkan udara diadakan..rasa seperti terbang melayang bersama jet-jet tersebut...

Pada Tahun ni sejumlah 330 syarikat dari 24 negara telah sahkan penyertaan di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA'09) dari 1 sehingg 5 hb Disember ini.

Berbangding dengan LIMA yang terdahulu, kali ini penyertaan kapal laut lebih banyak iaiti 71 manakala kapal pesawat hanya 53.

Dijangka seramai 46,000 pelawat perdagangan dan 40,000 orang awam akan membanjiri pameran..Tarikan utama kali ini adalah..Kapal Selam Pertama Kita..KD Tunku Abdul Rahman yang sudah pun pulang dari Perancis akan dipamerkan untuk orang ramai buat pertama kali di Persisiran Laut Porto Malai Langkawi.


Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman


Antara tarikan lain ialah helikopter penyerang Apache AH-64 dan jet pejuang F-16 Tentera Udara Singapura; terbang lintas oleh pesawat pengebom B-52 Tentera Udara Amerika Syarikat; helikopter UH-60 Black Hawk dari Tentera Udara Diraja Brunei; pesawat F/A-18D Hornets, Sukhoi Su-30MKM Flankers dan jet pejuang MiG-29N Fulcrum Tentera Udara Diraja Malaysia; dan helikopter Super Lynx dan Fennec AS555 Tentera Laut Diraja Malaysia.


Helikopter Apache AH-64



Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia akan membuat demonstrasi pengboman air dengan pesawatnya Bombardier CL-415.

0 comments: