Tragedi LIMA Langkawi 2009

Tanggal 5hb Disember 2009..Alhamdulilah...hari yang dinantikan oleh anak buahku telah tiba..aku didesak untuk menemani mereka untuk melihat pameran LIMA..maklumla dua tahun sekali ada kat Langkawi ni..

Kebetulan pula pada hari tersebut aku free..semua keja yang perlu aku buat telah aku selesaikan lebih awal..

Kami bertolak seawal 8.30 pagi kononnya untuk mengelak kesesakkan jalanraya sal semua orang akan tertumpu pada satu tempat yang sama iaitu Dewan Pameran Mahsuri..Riang x terkira anak-anak buahku..Boy..Amy..Arisya dan Fitri..sepanjang perjalanan kami menyanyi riang..semua berpakaian sedondon..termasuklah abangku..merah ang-ang..Kuasa ALLAH..tuhan yang maha besar..ada sebabnya kenapa abangku dan anak-anaknya berpakaian sama..semuanya adalah takdir..





Oleh kerana kesesakkan jalanraya kami mengambil keputusan untuk parking keta berbayar di dalam kawasan Lapangan Airport Langkawi.So, berjalanlah kakilah kami menuju ke dewan pameran.Setibanya kami disana..pertunjukkan udara telah bermula...berlegar-legar di atas kepala kami jet-jet pejuang membuat aksi yang menarik dan membingit telinga..

Setiba kami di tempat pertunjukkan..apalagi bukan main suka lagi anak-anak buahku..orang begitu ramai..bukan main sukar lagi untuk berjalan..berhimpit2..deruman engin kapal terbang dan jet saling bertukar ganti..memecah bunyi..kalu handset berbunyi walaupun di dalam gemgaman..jangan harapla untuk didengar..memang bising sangat...

Abangku mengambil keputusan untuk membawa askar2nya(anak-anak buahku) ke tempat pertunjukkan kapal terbang..boleh masuk terus ke kodpit..itu yang paling digemari oleh Fitri(bongsu)..cita-cita jadi pilot katanya..

Dalam keghairahan untuk melihat jet dengan lebih dekat..kami terlalai...jeng..jeng

Masing-masing asyik mendongak ke langit melihat pertunjukkan udara..Mataku hanya terpaut pada lensa kamera untuk merekod aksi yang menarik...Helikopter penyerang Apache AH-64 dan Jet Pejuang F-16 Tentera Udara Singapura melintasi ruang udara pameran dalam keadaan beriringan.

Habis jer pertunjukkan..abangku bertanya..mana Fitri?..kulihat kiri kanan..tak jumpa...aku melihat Amy(angah) dan bertanyakan padanya kerana dia yang berjalan dengan Fitri..katanya Fitri kejap tadi masih ada sedang duduk melihat aksi helikopter tapi sekarang tiada dan Amy tidak mengetahui di mana Fitri berada...Boy dan Arisya tidak tahu dimana Fitri dan sama2 melihat kawasan berdekatan..

Kulihat muka abangku mula berubah..pada masa tu baru aku sedar bahawa Fitri memang tiada di kawasan sekitar kerana abangku sudah pun mencari2 di kawasan sekitar tapi tiada..Ya ALLAH pada masa itu tidak tergambar perasaan aku..macam2 rasa di dalam hati..apa yang paling aku risaukan adalah dia dilarikan orang...macam2 latarbelakang pengunjung yang datang..dari dalam dan luar negara..mungkin ada penjenayah yang dikehendaki bersama-sama kami mencari mangsa..sapa tahu...kalaupun dia hanya mencukur kepala Fitri di dalam toilet dan membawa Fitri pergi..tiada siapa yang akan kesah dan tahu..aku jadi resah..Boy, Amy dan Arisya juga risaukan adik bongsu mereka...Saat itu aku dapat rasakan bahawa begitu hebat rasa tekanan sebaimana ahli keluarga adik Sarlini yang kelihangannya diketahui ramai pada suatu ketika dulu...apa yang terfikir dalam kepalaku pada saat itu adalah bagaiman perasaan kakak iparku jika dia dapat tahu yang Fitri hilang..mungkin pengsan atau tak taula bagaimana nak digambarkan....

Abangku tidak putus asa terus mencari...

Ya ALLAH hanya padamu ku pohon pertolongan pertolongan..aku memegang erat tangan Arisya dan Amy..Oleh kerana Boy sudah boleh diharap jadi aku arahkan dia membantu abangku mencari Fitri...Aku ambil keputusan untuk membawa Amy dan Arisya menunggu di pintu keluar..manala tahu penjahat tu mesti melaluinya untuk membawa Fitri...Aku meminta Amy dan Arisya supaya membaca doa apa yang ustazah ajar supaya ALLAH menolong mengambalikan Fitri...

Aku tidak membuang masa..Aku meminta bantuan Pegawai Khas dan memaklumkan tentang kehilangan Fitri..Pegawai tersebut meminta butir-butir tentang Fitri untuk membantu membuat pencarian...Aku merangkan Fitri adalah setinggi bahu Arisya dan memakai baju yang sama dengannya..

Dalam masa 5 minit lebih kulihat seorang pegawai khas membawa Boy menuju kearahku..Beliau menhatakan bahawa dia telah berjumpa dengan Fitri..kutegaskan bahawa Fitri adalah lebih kecil daripada Boy dan berusia 5 tahun...Hatiku semakin berdebar2..Abang pula datang bertanyakan khabar tentang Fitri...Hanya tuhan yang tahu perasaanku pada masa tersebut..dan aku juga dapat merasanya bagaimana perasaan abang ketika itu..wajahnya pucat lesu..memang tergambar jelas kerisauan di wajahnya..YA ALLAH bantula kami....

Tidak putus aku berdoa kepada ALLAH..keadaan sekeliling tidak lagi kuhiraukan..tiada lagi deruman pesawat F/A-18D Hornets, Sukhoi Su-30MKM Flankers dan jet pejuang MiG-29N Fulcrum yang boleh menarik perhatianku...cuma aku terfikirkan bagaimana ingin pulang tanpa kehadiran Fitri..terbayang kelincahannya yang suka menyanyi dan membuat semua terhibur..selalunya kalu Fitri ingin meminta bantuanku dia mesti bertanyakan pukul berapa untuk solat kerana dia tahu aku akan tunaikan permintaannya kalu dia solat diawal waktu...Alhamdulilah dalam usia yang muda dia tahu kepentingan solat..bergelingan airmataku mengingati semua tu..

TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAIKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH..YA ALLAH kepadamu kami meminta pertolongan dan hanya kepadaMU kami bergantung harap.....Amin

Penantian selama masa 20 minit berlalu.....

Tiada sebarang petunjukkan yang Fitri masih berada dikawasan pameran....aku bertanyakan khabar Fitri kepada pegawai khas...katanya Fitri akan ditemui cuma aku perlu bersabar..dalam fikiranku sesiapa pun akan risau sebagaimana aku pada saat itu..Abangku hilang dalam pandangan kerana sedang mencari Fitri dari segenap sudut..Boy juga meneruskan pencarian adiknya..

Akhirnya...


Dalam kesesakkan pengunjung keluar masuk kelihatan seorang pegawai khas sedang memimpin seorang budak kecil sedang menuju masuk ke kawasan pameran dan menuju tepat kearahku di pintu keluar...YA ALLAH..SYUKUR..aku lihat Fitri dibawa berjumpa denganku..Aku terus memeluknya dan airmata tidak dapat dibendung lagi..pengunjung sekitar terkejut melihat drama sebabak yang sangat tragis itu..





Keadaan Fitri selepas 1 minit ditemui


Pegawai khas menceritakan bahawa dia melihat Fitri berjalan keseorangan dalam keadaan mencari sesuatu di kawasan tempat letak kereta. Apabila ditanya, Fitri memberitahu bahawa dia melihat kami seperti kelihatan menuju ke tempat letak kereta..

Keadaan yang berlaku memberi satu pengajaran bahawa jangan sesekali leka dan mengabaikan kanak-kanak terutamanya di kawasan orang ramai akibatnya....hanya yang mengalami akan tahu bagaimana rasanya..seperti kami..Jadi berhati-hatilah ketika melangkah kerana anak-anak anda berkemungkinan sedang diperhatikan...namun apa-apapun keadaannya bertawakallah dan kembalikan segalanya kepada ALLAH Yang Maha Esa..

Akhir sekali selepas solat Asar pada hari yang sama..kami semua melakukan sujud syukur beramai-ramai(Boy,Amy,Arisya,Fitri dan Ija)..kerana ALLAH telah mengabulkan doa kami untuk mengembalikan Aidil Fitri Bin Ruslan ke pangkuan kami...Alhamdullilah

TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH...TUHAN SEKALIAN ALAM

0 comments: